25 Mac 2015


MIRI - Seorang pelancong wanita warganegara Perancis diserang oleh seorang pemandu wanita tempatan yang mengamuk selepas disuruh berhenti kereta. 

Dalam kejadian 11 pagi, wanita Perancis berusia 44 tahun bersama ibunya sedang membuka bonet kenderaan.

Menurut sumber, pemandu wanita tempatan yang berada di sebelah kereta pelancong tersebut berundur dan dikatakan hampir terlanggar ibu wanita Perancis tersebut.

Pelancong Perancis yang terkejut itu terus menjerit dan menyuruhnya berhenti. Tindakan ini telah menyebabakan pemandu wanita tempatan tersebut marah.

Berdasarkan sebuah video yang dimuatnaik ke laman sosial, pelancong tersebut dipukul oleh wanita tempatan dengan menggunakan payung.  

Pelancong tersebut juga dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Media melaporkan, polis Miri kini sedang memburu wanita berkenaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!