12 Mac 2015


GEORGE TOWN – Berikutan tersebarnya gambar dua anggota polis yang tidur semasa bertugas di laman sosial, Polis Pulau Pinang bertindak mengenakan tindakan tatatertib.

Memetik laporan Bernama, gambar yang dimaksudkan tersebar secara meluas, memperlihatkan dua anggota polis sedang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth.

Datuk Abdul Rahim Hanafi selaku Ketua Polis Pulau Pinang berkata, pihaknya membuka kertas siasatan tatatertib untuk tindakan disiplin ekoran penyebaran gambar terbabit. 

"Sementara menunggu siasatan dan keputusan tindakan disiplin, dua anggota itu diarah bertukar ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.

Sejak semalam, gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi pejabat pertanyaan balai polis berkenaan tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

"Saya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil," tambah Rahim lagi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!