3 Mac 2015


Seorang guru keagamaan didakwa berjaya meyakinkan 400 lelaki untuk memotong kemaluan mereka demi mendekatkan diri dengan Tuhan.

Memetik laporan The Sydney Morning Herald, prosedur berkenaan dijalankan bermula tahun 2000 namun hanya baru-baru ini mangsa berani mendedahkan perkara yang dilakukan oleh Gurmeet Ram Rahim Singh itu.

Gurmeet dikenali sebagai guru ‘bling’ oleh pengikutnya dan dikatakan mempunyai harta bernilai USD40 juta (RM144.46 juta).

Guru spiritual agama itu menggesa pengikutnya memotong kemaluan bagi membolehkan mereka mendekatkan diri dan berkomunikasi dengan Tuhan secara terus.

Salah seorang saksi berkata prosedur pemotongan zakar itu dibuat di hospital yang dimiliki oleh organisasi agama kepunyaan Gurmeet.

Kini beberapa saksi dilaporkan telah bersetuju untuk mengemukakan kenyataan di mahkamah, sekaligus mendakwa dan berkemungkinan menghentikan sejarah Gurmeet yang berjaya mengelak daripada dikenakan hukuman.

Lelaki berusia 47 tahun itu sebelum ini pernah terlibat dalam konspirasi pembunuhan wartawan penyiasat pada tahun 2002 selain dakwaan serangan seksual oleh beberapa pengikut wanita.

Gurmeet yang  mempunyai kira-kira 40 hingga 50 juta pengikut di seluruh dunia turut muncul dalam filem berbahasa hindi berjudul MSG: The Messenger of God pada Februari lalu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!