2 Mac 2015


MELAKA - Sekeping nota bertulis perancangan hidup sepanjang 2015 termasuk ‘bersiap sedia untuk mati’, seolah petanda dia dapat merasakan ajalnya semakin hampir.

Mohd Firdaus Jamaluddin, 23, mengirimkan pesanan itu melalui aplikasi WhatsApp kepada rakan sebelum terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Hutan Perca-Tampin, di sini, awal pagi Sabtu.

Antara yang ditulis Firdaus dalam senarai perancangannya ialah menyenangkan ibu bapa, memiliki kereta dan rumah sendiri, kahwin dengan perempuan Turki, mahu menjadi kapten kapal dan bersyukur dengan nikmatNya.

Mohd Firdaus yang bertugas sebagai kelasi kapal, dikatakan menumpang lori muatan arang batu dipandu rakan, Mohd Faizal Musan, 23. Dia tersepit di tempat duduk penumpang selepas kenderaan itu hilang kawalan dan berlanggar dengan sebuah lori lain sebelum terbabas.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!