31 Mac 2015


Dilahirkan dan dibesarkan di Nagasaki, Jepun, malah bahasa Jepun merupakan bahasa pertuturannya; namun kemenangannya sebagai Miss Universe Jepun tetap menjadi pertikaian ramai.

Ariana Miyamoto, 20, didakwa tidak layak mewakili Jepun kerana bukan berdarah Jepun asli. Bapa Ariana merupakan seorang lelaki berkulit hitam dari Arkansas, Amerika Syarikat.

Ramai warga Jepun tidak berpuas hati dengan kemenangan Ariana dan berpendapat seorang ratu cantik yang mewakili Jepun perlu kelihatan seperti wanita Jepun.

Ariana bakal mewakili negara matahari terbit itu dalam pertandingan Miss Universe hujung tahun ini.

Biarpun menjadi antara negara tumpuan pelancong dari seluruh dunia, Jepun tidak dianggap sebagai negara berbilang bangsa, dengan hanya kira-kira 2.3 juta (atau 2 peratus) penduduknya berbangsa asing.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!