25 Mac 2015


Polis akan memanggil pengarang portal berita propembangkang, roketkini.com bagi memberi keterangan berhubung penyiaran berita berkaitan demonstrasi anti-cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berbaur fitnah dan hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pengarang terbabit akan dipanggil bagi mengemukakan bukti terhadap tuduhan tersebut.

“Eloklah roketkini hentikan fitnah dan hasutan sebegini. PDRM akan panggil untuk kemukakan bukti tuduhan ini,” katanya menerusi kenyataan Twitter beliau sambil merujuk kepada paparan tajuk berita portal tersebut, semalam.

Semalam, portal propembangkang berkenaan menyiarkan sebuah berita bertajuk “Demo anti-GST: Sampai bila polis nak jadi ‘pak turut UMNO?.

Kandungan berita tersebut adalah berkaitan kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempertikaikan tindakan PDRM menahan puluhan aktivis Gabungan Bantah GST selepas menimbulkan kekecohan di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya semasa menyerahkan memorandum bantahan semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!