19 Mac 2015


Penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara Ifa Raziah menganggap dirinya popular biarpun ada pihak yang menyifatkan kehadirannya seperti ada tak ada sahaja. Atau dalam erti kata lain, suam-suam kuku atau 'sendu'.

Malah selepas 20 tahun menceburi arena seni, baru kali pertama namanya bolos sebagai calon top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular. Ifa berentap dengan nama besar seperti Didie Alias dan Jihan Muse selain Enot serta Dottie.

Ada yang beranggapan impak pencalonannya itu berkait rapat dengan pembabitan serta kontroversi tak terduga ketika Ifa menyertai pertandingan Gegar Vaganza siaran Astro. Penyanyi dangdut ini mencetuskan sensasi dan kontroversi tidak terduga ketika itu.

Ia terjadi ketika persembahan peringkat akhir Ifa menyanyikan lagu Matahari di Gegar Vaganza. Aksi 'berani mati' Ifa berpelukan dan menari dalam keadaan mesra dengan aktor kelahiran Singapura, Hisyam Hamid membuatkannya dikecam hebat.

"Popularlah, saya sudah 20 tahun dalam industri. Populariti saya datang sendiri dan bukan diminta-minta. Peminat nilai saya popular dan sebaris dengan artis Malaysia lain. Tak kisahlah kalau orang nak cakap saya selepas 20 tahun baru dapat pencalonan ini atau baru nak popular.

"Memang saya tak nafikan impak daripada kontroversi penyertaan di Gegar Vaganza hingga nama saya dikenali semula di mata masyarakat. Kerana pertandingan itu juga orang lihat kredibiliti saya sebagai penyanyi dan penghibur.

"Cuma ketika pencalonan awal ABPBH 2014, orang tak dapat nak tanda saya kategori lain kerana produk tak ada. Alih-alih sangkut dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular. Saya hargai dan bersyukur dengan pencalonan sulung ini," kata Ifa.

Bagaimanapun Ifa tidak meletakkan harapan terlalu menggunung untuk menggenggam trofi Artis Komedi Wanita Popular itu. Saingan sengit semestinya daripada Didie dan Jihan yang pernah memenangi kategori berkenaan sebelum ini.

"Memang saya tak harapkan apa-apa. Nak menang, memang taklah. Lihat Jihan dan Didie berapa ratus juta peminat mereka di laman sosial. Saya umpamanya ada sejuta saja peminat. Saya kena ambil sejuta lagi dari Bangladesh," selorohnya yang mendapat sokongan daripada Team Ifa Raziah di kalangan sahabat karib dan bukan dari peminat.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!