19 Mac 2015


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi teksi dan bas ekspres berkuatkuasa 1 April depan.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata penetapan kadar baharu perkhidmatan teksi dan bas ekspres berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans.

Katanya, penetapan terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres pada tahun 2009.


"Bagi teksi, kadar baharu hanya tertakluk untuk perjalanan antara 0.25 sen sehingga 0.35 sen per 200 meter (m).

"Tempoh menunggu, antara 0.25 sen hingga 0.35sen/36 saat.

"Manakala bas ekspres pula, kenaikan untuk perjalanan seluruh negara antara RM4.60 sehingga RM11," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPAD di sini sebentar tadi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!