20 Mac 2015


CHINA- Dua wanita tekad untuk terjun ke sungai untuk melihat sejauh mana cinta seorang lelaki dan siapa yang akan menjadi pilihan lelaki berkenaan.

Media melaporkan, Wu Hsia, 21, yang berpisah dengan bekas teman wanita, Ju Tang, 20, telah menemui cinta barunya, Rong Tsao, 22.

Perbuatan Tang yang mula merayu untuk kembali semula kepadanya selepas tiga bulan telah menimbulkan masalah di antara mereka.

Menurut Hsia, dia sudah penat mendengar rungutan dari mereka.

"Tsao sering merungut mengenai Tang dan Tang juga melakukan perkara yang sama, dan saya sudah rimas mendengar rungutan mereka" katanya dipetik Sinar Harian. 

Hsia akhirnya mengambil keputusan untuk menemukan mereka bertiga di sebuah tempat di Ningbo, Timur wilayah Zhejiang China untuk menyelesaikan masalah. 

Tetapi malangnya, tindakan itu menyebabkan keadaan bertambah buruk.

Kedua-dua wanita berkenaan kemudian mula bertelingkah.

Bekas teman wanita lelaki yang terhina dengan komen teman wanita lelaki  itu terjun ke sungai dan menyuruh lelaki tersebut untuk menyelamatkannya.

Oleh kerana teman wanita takut si lelakinya akan terjun untuk selamatkan wanita itu, dia kemudiannya turut terjun dan menyuruh lelaki tersebut menyelamatkan.

Hsia dilaporkan terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan teman wanitanya dan terus membawa ke hospital.

Lelaki tersebut kemudiannya menghubungi abangnya dan menyuruhnya menyelamatkan bekas teman wanita.  

Menurut pihak polis, abangnya menghubungi pihak bomba untuk  membantu menyelamatkan Tang.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!