16 Mac 2015


KUALA KANGSAR – Selama empat hari seorang lelaki warga emas terpaksa bermalam di dalam longkang tanpa disedari orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, Sharif Mat turut berada dalam keadaan kesakitan apabila terbabit dalam kemalangan motosikal sebelumnya.

Kejadian berlaku pada Selasa lalu, apabila warga emas berusia 87 tahun itu terperangkap dalam longkang dipenuhi air sedalam lima meter selepas terjatuh di sekitar Kampung Chuar Hilir.

Walau bagaimanapun mangsa hanya berjaya ditemui penduduk kampung pada kira-kira jam 7 petang Jumaat lalu. Longkang tersebut dikatakan berhampiran kediaman mangsa yang berada kira-kira 100 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong.

Sharif dilaporkan menderita kesejukan selain lapar sepanjang terperangkap di dalam longkang terbabit.

“Banyak kali saya menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang perasan saya berada di dalam longkang,” ujarnya.

Menurut Sharif, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan di kedai berhampiran. Tayar motosikal yang dinaiki pancit lalu menyebabkannya kemalangan lantas jatuh ke dalam longkang.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!