20 Mac 2015


Batu Kurau : Pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, malam tadi membuat membuat pengumuman untuk tidak akan muncul secara langsung dalam program ceramah agama menerusi televisyen dan radio

Perkara itu diumumkan melalui program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diadakan di Padang Astaka, dekat sini yang disiarkan secara langsung.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim berkata, beliau akan tetap meneruskan ceramahnya seperti biasa sebagaimana yang sudah dijadualkan.

Katanya, beliau juga akan meneruskan semua program yang sudah direkodkan dan termaktub dalam kontraknya bersama stesen televisyen swasta Astro melalui program 'Kalau Dah Jodoh' seperti sebelum ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!