2 Mac 2015


ALOR SETAR  – Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid tahun satu di Arau, Perlis, empat tahun lalu.

Datuk Mohd Zaki Abd Wahab selaku Pesuruhjaya Kehakiman menjatuhi hukuman mati kepada Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz di sebuah sekolah rendah Islam di Arau dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dihukum mati.

Berikut adalah keratan akhbar pada tahun 2011 yang menampilkan kes melibatkan warden asrama tersebut belasah murid berusia tujuh tahun sehingga mati di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!