2 April 2015


Dua lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara mencatat sejarah apabila melangsungkan perkahwinan sejenis pertama di United Kingdom.

Kedua-dua banduan berkenaan dikenali sebagai Mikhail Gallatinov dan Marc Goodwin dijatuhkan hukuman penjara kerana membunuh lelaki homoseksual.

Mikhail dan Marc dilaporkan jatuh cinta apabila bertemu sebagai banduan dan baru-baru ini mengikat tali perkahwinan dalam satu majlis ringkas selama 15 minit di penjara Full Sutton yang terletak di York.

Pada tahun 1997, Mikhail membunuh seorang lelaki homoseksual bernama Adrian Kaminsky di Manchester selain melakukan beberapa kesalahan terhadap kanak-kanak. Mikhail disabit kesalahan dan dihukum penjara selama 20 tahun.

Marc pula dikenakan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh Malcolm Benfold di Blackpool sekitar tahun 2007.

Menurut jurucakap penjara, segala urusan dan perbelanjaan perkahwinan tidak akan ditanggung oleh pihak penjara Full Sutton.

“Mereka juga tidak dibenarkan berkongsi sel penjara meskipun sudah sah di sisi undang-undang,” jelasnya lagi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!