29 April 2015


Kerajaan negeri Pahang mengumumkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa untuk seluruh negeri bagi memudahkan pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada tarikh itu.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dalam satu kenyataan ringkas kepada media berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco yang diadakan di Majlis Daerah Rompin di sini, hari ini.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dengan calon PAS Nazri Ahmad.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat seramai 53,294 pengundi berdaftar di Parlimen Rompin termasuk 545 pengundi awal yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka esok di empat pusat pengundian awal.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!