21 April 2015


Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam yang memberikan dua cadangan kepada pencarum mengenai had umur pengeluaran penuh mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Dua cadangan itu ialah menganjakkan umur pengeluaran daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 15 tahun atau mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun untuk simpanan sedia ada dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus be­kerja dan mencarum selepas umur 55 tahun.

Presiden Majlis Perhubu­ngan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, keadaan politik dan ekonomi semasa tidak menyebelahi kerajaan pada masa ini ekoran isu kenaikan harga barang dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Justeru beliau berpendapat, sekiranya KWSP tetap meneruskan cadangan tersebut, ia dibimbangi akan menyusahkan kerajaan yang pasti akan menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

“Kalau boleh, tangguh terus sampai tahun depan kerana iklim politik dan ekonomi tidak sesuai sepanjang tahun ini.

“Penjawat awam dan orang ramai sendiri berhadapan dengan isu harga barang dan GST. Jadi tidak wajar untuk KWSP melaksanakan apa-apa cadangan pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Bagi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), mereka bertegas mahu syarat pengeluaran wang caruman dikekalkan pada usia 55 tahun.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetap memilih untuk mengeluarkan wang caruman masing-ma­sing pada usia 55 tahun walaupun agensi itu turut memberi pilihan cadangan pengeluaran yang diselaraskan sepenuhnya pada usia 60 tahun pada 2031 kepada pencarum berusia 43 tahun dan ke bawah.

Berdasarkan tinjauan rawak terhadap 25 orang pencarum berusia 43 tahun dan ke bawah di ibu negara, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sabah yang mewakili setiap zon di negara ini, kesemua mereka tidak bersetuju dengan cadangan penyelarasan pengeluaran pada usia 60 tahun.

Bagi mereka, polisi sedia ada sudah cukup baik dan mereka bimbang perancangan kewangan akan terjejas sekiranya pengeluaran ke­seluruhan caruman hanya dibenarkan setelah mencapai usia 60 tahun.

Mereka juga berpendapat, usia 60 tahun sudah terlalu tua untuk menikmati wang caruman memandangkan dalam usia itu pelbagai penyakit sudah ‘hinggap’ di badan. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!