15 April 2015


Penstrukturan semula syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bakal melibatkan nasib 6,000 pekerjanya yang akan diberhentikan.

Memetik laporan Kosmo, Datuk Richard Riot Jaem selaku Menteri Sumber Manusia menyatakan adalah lebih baik menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk mengumumkan perkara berkenaan.

Perkara itu telah diputuskan walaupun Kementerian Sumber Manusia terlibat secara langsung bagi menentukan nasib pekerja MAS. 

"Saya berpendapat adalah lebih baik diserahkan kepada pihak pengurusan untuk memaklumkannya walaupun saya tahu apa yang terjadi," ujarnya.

Keputusan untuk mengurangkan pekerja MAS diambil sebagai usaha untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu daripads terus mengalami kerugian untuk menjadikannya lebih berdaya maju.

Keputusan untuk mengurangkan sebanyak 6,000 daripada keseluruhan 20,000 tenaga kerjanya adalah penting demi kelangsungan syarikat penerbangan nasional itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!