3 April 2015


ITALY. Seorang nenek secara tidak sengaja meracuni dirinya, suami, anak, cucu dan rakan mereka dengan minuman coklat yang tamat tempoh 15 tahun lalu.

Wanita berusia 77 tahun, Roseeta dilaporkan menemui paket coklat yang sudah tamat tempoh di rumah mereka dan kemudiannya mencampurkan dengan susu untuk dihidangkan kepada dua cucunya dan rakan.

Dia, suami dan anaknya juga turut meminum minuman tersebut.

Kemudian, suaminya mula mengalami muntah dan cirit birit dan kemudian kesemua mereka dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Selepas dibenarkan keluar dari hospital, wanita berkenaan terus memeriksa paket minuman tersebut dan mendapati tarikh luputnya ialah pada 5 Jun 1990.

Dia membeli serbuk coklat tersebut sekitar tahun 1980 dan kemudiannya menyimpannya di dalam almari di rumah mereka.

Memetik laporan The Independent, pendakwaraya kini sedang menimbang sama ada akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!