27 April 2015


VENEZUELA. Presiden Venezuela berjanji memberikan rumah kepada seorang wanita selepas membaca rayuan wanita tersebut pada buah mangga yang dibaling kepadanya, Rabu lepas.

Menurut The Guardian, buah mangga yang dibaling Marleny Olivo tepat mengenai kepala Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, 52 yang sedang memandu di kawasan berkenaan ketika kejadian.

Maduro kemudian muncul di televisyen dan menunjukkan buah mangga tersebut.

"Sila hubungi saya.

"Anda ada masalah berkenaan rumah, bukan? Anda akan dapat sebuah apartmen dan akan diberikan kepada anda beberapa jam lagi," kata Maduro.

Maduro merupakan seorang bekas pemandu bas yang terkenal selepas menjelajah bandar-bandar miskin di Venezuela.

Menurut media tempatan, Maduro menyifatkan kejadian tersebut 'tidak berniat jahat'.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!