1 April 2015


Seorang bayi di Alabama dilahirkan tanpa hidung, namun setakat ini bayi lelaki itu menjalani hidup dengan normal.

Eli Thompson yang dilahirkan 4 Mac lalu, disahkan doktor mengalami masalah congenital arhinia, sejenis kecacatan rupa paras yang sangat jarang ditemui.

Menurut artikel yang dikeluarkan Perpustakaan Perubatan Kebangsaan Amerika, masalah kecacatan ini hanya dikesan pada 43 orang bayi semenjak tahun 1931.

Eli yang bernafas melalui mulut sebaik dilahirkan telah menjalani pembedahan tracheotomy untuk membantunya bernafas.

Kerana pembedahan itu, Eli tidak boleh mengeluarkan bunyi apabila menangis. Justeru, ibu dan bapanya perlu sentiasa memantau Eli.

Ibu bapa Eli juga telah membuat keputusan untuk tidak membuat pembedahan plastik, sebaliknya mahu menyerahkan pilihan itu pada Eli apabila dia dewasa kelak.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!