21 April 2015

Kekayaan tidak memudahkan semua perkara, salah satunya apabila seorang lelaki kaya dari China membayar harga sebuah kereta BMW 7 Series yang diidamkannya menggunakan duit syiling dan wang kertas not kecil.


Perkara itu menjadi buah mulut rakyat negara tersebut apabila ia rancak diperkatakan dalam aplikasi WeChat Xiaodongshuoche iaitu kumpulan pengguna yang mengikuti perkembangan pasaran automotif tempatan.

Blog Shanghaiist.com mendedahkan, pembeli tersebut membawa beberapa buah kotak yang sarat berisi wang kertas dan syiling untuk membuat pembayaran.

Kesemua wang tersebut mencapai berat hampir 100 kilogram.

Syarikat pengedar kereta itu terpaksa mengerahkan lebih 20 petugasnya untuk mengira wang berkenaan dalam tempoh lebih enam jam.

Kerumitan proses itu sebenarnya hanya dapat melunaskan sebahagian daripada harga keseluruhan kereta tersebut iaitu sekitar sejuta yuan (RM582,000).

Cara pembayaran baki nilai berkenaan tidak diketahui.

Membayar dengan wang kecil bukanlah sesuatu yang baru di China. Ini termasuklah kes yang melibatkan pihak yang membayar sengaja mahu menyakitkan hati pihak yang menerima.

Namun begitu, pembayaran menggunakan wang kecil selalunya tidak pernah melebihi nilai 10 atau 20 ribu yuan (RM5,000 atau RM10,000).

Pembeli kereta berkenaan yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu bahawa dia sudah lama teringin untuk memiliki kereta BMW.

Setelah mengumpul wang kecil selama bertahun-tahun, dia bukan sahaja dapat memiliki kereta idamannya malah lega kerana kediamannya sudah ‘bersih’ daripada semua wang kecil yang dikumpulkan itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!