8 April 2015


Seorang pelakon dan rakannya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis “methamphetamine” pada 27 Mac lalu.

Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau lebih dikenali sebagai Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Sharifudin, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Syafiq Mustaza.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh itu.

Mengikut pertuduhan, pada tarikh berkenaan, kedua-dua mereka dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya disyaki methamphetamine seberat 1.32 kilogram.

Kedua-dua tertuduh ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak, Jalan Pagoh-Muar kira-kira pukul 1.40 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Mohd. Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini bagi sebutan semula kes berkenaan untuk mendapatkan laporan kimia.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain manakala kedua-dua tertuduh diwakili Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!