9 April 2015


Jaguh pecut dunia, Usain Bolt bersedia untuk mempertahankan gelarannya pada Kejohanan Dunia musim ini dan tidak gentar untuk berhadapan dengan pelumba dari Amerika Syarikat, Justin Gatlin.

Gatlin yang sebelum ini mendominasi Liga Diamond tahun lalu, mencatatkan masa 9.77 saat dalam acara pecut 100 meter dan 19.68s bagi acara 200m untuk bergelar juara.

Jurulatih Bolt, Glen Mills berkata, pelumba dari Jamaica menunjukkan peningkatan pres­tasi sepanjang persediaannya selepas men­catatkan masa 46.37s dalam acara pecut 400m di Kingston pada Mac lalu.

“Bolt telah menunjukkan larian yang lebih meya­kinkan sejak kali terakhir kamu melihatnya dalam perlumbaan. Bolt kini berada pada kemuncak prestasinya dan kami tidak perlu risau mengenainya,” katanya.

Pencabar Bolt, Gatlin yang kini memasuki usia 33 tahun merupakan pemenang pingat emas dalam acara 100m pada sukan Olimpik Athens 2004. Turut dinobatkan sebagai juara pada Kejuaraan Dunia pada tahun 2005.

Untuk rekod, Bolt hanya menyertai tiga perlumbaan tahun lalu, namun tahun ini dia akan menyertai acara 100m di Rio, Brazil (19 April), diikuti mewakili Jamaica dalam Kejuaraan Berganti-ganti Dunia di Bahamas pada 2 dan 3 Mei ini.

“Saya mahu berlari dengan pantas musim ini dan saya sedang berusaha untuk melakukannya. Saya telah me­lakukan banyak latihan dalam persediaan menyertai larian pertama saya di Brazil pada 19 April ini. Itulah yang menjadi fokus utama saya dan saya sedang bekerja keras untuk menghadapinya,” ujarnya.

Bolt kini menyasarkan pingat emas ketiga buatnya dalam acara 100m dan pingat emas keempat bagi 200m pada Kejohanan Dunia August di Beijing nanti.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!