3 April 2015


Kerajaan bersetuju melanjutkan tarikh akhir tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 (BR1M) kepada 15 April ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, pada masa sama, kerajaan juga bersetuju pembayaran peringkat kedua BR1M 2015 akan dibuat mulai 28 Mei ini.

"Lanjutan tempoh itu bagi memberi peluang kepada pemohon yang gagal untuk mengemukakan rayuan.

"Permohonan rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat,"katanya.

Sebelum ini, tarikh akhir tempoh rayuan BR1M 2015 adalah pada 31 Mac.

Menurut kenyataan itu, secara keseluruhan hampir 7.28 juta penerima sudah mendapat manfaat BR1M tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 4.17 juta adalah penerima bagi kategori isi rumah di bawah pendapatan RM3,000 dan seramai 410,000 lagi penerima bagi kategori isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000.

Bagi kategori individu bujang adalah seramai 2.7 juta penerima.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!