16 April 2015


Baru sehari laluan basikal pertama di Kuala Lumpur dibuka, sudah ada yang menyalahgunakan kemudahan berkenaan.

Laluan sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar itu disalah guna pemilik kereta untuk meletakkan kenderaan mereka.

Melalui perkongsian di laman sosial, laluan berkenaan jelas terhalang akibat sikap tidak bertanggungjawab pemilik kenderaan terbabit.

Sama ada sedar atau tidak, laluan itu diwujudkan khusus buat pengguna basikal dan bukan sewenang-wenangnya digunakan oleh kenderaan lain.

Dalam pada itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewartakan laluan khas berkenaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dalam kenyataan ringkas kepada Astro Awani berkata tindakan itu membolehkan mereka yang menghalang laluan berkenaan disaman dan seterusnya diambil tindakan mahkamah.

Buat sementara waktu, penguatkuasa DBKL akan mengambil tindakan menunda kenderaan yang menghalang laluan berkenaan.

Laluan khas basikal yang menyusuri Sungai Klang itu mula dibina pada 2013 dan menelan belanja sekitar RM700,000.

Ia dirasmikan semalam oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Laluan khas berkenaan antara usaha menggalakkan penggunaan basikal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping mengurangkan kadar pencemaran di ibu kota

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!