2 April 2015


Seorang lelaki muda mengambil keputusan untuk membunuh diri ekoran tiada wang untuk melangsungkan pertunangan dengan teman wanita.

Memetik laporan portal Kompas, Sawaludin Siregar dikatakan mengambil keputusan itu kerana terlalu kecewa dengan masalah yang dihadapi.

Sawaludin yang berusia 26 tahun ditemui mati sekitar pagi kelmarin dalam bilik air di rumahnya yang terletak di Kecamatan Siantar Martoba.

Mayat Sawaludin ditemui dalam keadaan terduduk dengan pergelangan tangan kirinya dikelar menggunakan senjata tajam dalam bilik air berkenaan.

Menurut ibu kepada Sawaludin, dia berasa hairan sementelah mendapati ada darah yang mengalir di bawah pintu bilik air yang berkunci dari dalam ketika mahu mengambil wuduk.

Bimbang dengan keadaan anaknya itu, wanita berkenaan memecahkan pintu bilik air lantas terkejut apabila mendapati anak lelakinya itu sudah tidak bernyawa.

Berdasarkan laporan rasmi pihak berkuasa, Sawaludin meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak selepas mengelar pergelangan tangan menggunakan pisau lipat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!