20 April 2015


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencadangkan dua pilihan pengeluaran wang caruman penuh ahli iaitu yang diselaraskan sepenuhnya pada usia 60 tahun pada 2031 serta pengeluaran seperti biasa pada usia 55 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pencarum yang terlibat bagi cadangan pengeluaran penuh wang caruman pada usia 60 tahun adalah bagi mereka yang kini berusia 43 tahun dan ke bawah.

Bagi pilihan kedua iaitu pengeluaran pada usia 55 tahun, sekiranya pencarum masih bekerja sehingga umur 60 tahun, wang caruman baharu untuk tempoh lima tahun itu akan dikunci dan dibenarkan untuk dikeluarkan sepenuhnya selepas usia berkenaan.

“Dua pilihan pengeluaran penuh itu adalah di bawah cadangan rundingan inisiatif pertama daripada empat inisiatif yang diperkenalkan.

“Cadangan rundingan inisiatif ini akan dibuka kepada tinjauan maklum balas pencarum yang akan diperoleh dalam tempoh dua minggu bermula esok. Tinjauan maklum balas adalah melalui i-Akaun menerusi laman web KWSP, “ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!