22 April 2015


Kerajaan hari ini memuktamadkan industri perhotelan dan restoran boleh mengenakan caj perkhidmatan sekiranya perkara itu termaktub dalam perjanjian bersama (CA) atau kontrak pekerja dan majikan kontrak. 

Mengulas lanjut, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata pihak berkenaan wajib meletak atau mempamerkan notis pemberitahuan berhubung caj perkhidmatan itu di premis untuk makluman pengguna. 

"Langkah itu bertujuan memberi maklumat kepada pengguna supaya mereka boleh membuat pilihan. Satu peraturan standard akan dikeluarkan kementerian berhubung notis dan caj perkhidmatan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. 

Katanya, kerajaan tidak menetapkan sebarang kadar caj yang boleh dikenakan premis itu, tetapi secara puratanya amalan biasa yang dikenakan kepada pengguna adalah 10 peratus. Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan selepas perbincangan dengan 18 pihak kesatuan serta persatuan restoran dan hotel, termasuk beberapa agensi kerajaan pada Isnin lalu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!