30 April 2015


Kejayaan filem yang dihasilkan oleh Marvel yang majoritinya diangkat daripada kejayaan komik yang dihasilkan pada era sebelum ini tidak dapat disangkal. Marvel juga dilihat tidak akan berhenti menghasilkan filem yang mengangkat imej seorang superhero.

Namun begitu, ketika Avengers: Age Of Ultron kini ditayangkan, info-info tentang filem Marvel berikutnya di tahun-tahun mendatang khabarnya telah dibocorkan sendiri oleh salah seorang daripada superheronya.

Informasi tentang film Avengers ketiga bahkan yang keempat juga sudah mula tersebar. Info terakhir ini khabarnya dibocorkan oleh ahli Avengers, pelakon watak Captain America, Chris Evans.

Dalam wawancara dengan majalah Esquire, selain menceritakan tentang Captain America: Civil War yang akan segera menjalani penggambaran, Chris Evans juga memberi petunjuk tentang film Avengers berikutnya.

"Saya akan mula penggambaran Captain America: Civil War dalam beberapa minggu, kemungkinan selesai sekitar bulan Ogos atau September. Kemudian saya akan berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri dan bersenang-senang," kata Chris tentang perkembangan terbaru dirinya.

"Selain itu, saya akan memulakan penggambaran siri Avengers yang seterusnya Infinity War pada suku ketiga, musim gugur atau musim dingin 2016.

“Untuk penggambaran siri seterusnya Avengers ini saya memerlukan masa sembilan bulan kerana ia melibatkan dua buah filem sekaligus," lanjutnya memberi hint untuk filem Avengers berikutnya.

Film Avengers berikutnya yang diberi judul Infinity War Part I dijadual bakal ditayangkan pada tanggal 4 Mei 2018 dan akan diikuti dengan sambungannya Infinity War Part I I pada 3 Mei 2019.

Plot cerita masih belum diketahui tapi dilaporkan akan ada superhero baru seperti Quicksilver, Falcon, War Machine dan Scarlet Witch yang akan dipimpin oleh Captain America dan Black Widow. Selain itu khabarnya mereka akan berdepan dengan musuh baru di dalam sambungan siri Avengers ini yang bernama Thanos.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!