28 April 2015


Selalunya, inovasi untuk keselesaan dan perkembangan dari segi kemewahan ketika memandu akan ditonjolkan oleh pengeluar yang sudah biasa dengan segmen premium. Tetapi, Volvo membuat kejutan baru-baru ini dengan memperkenalkan konsep ‘Lounge Console’, iaitu digambarkan sebagai aksesori terulung untuk eksekutif yang kerap dipandu oleh orang lain.

Secara ringkasnya, Lounge Console ini menggantikan kerusi penumpang hadapan dengan peralatan yang lebih berguna untuk penumpang di belakang.


“Mengeluarkan kerusi penumpang hadapan memberi peluang kepada kami untuk mereka sebuah ruang yang mengubah dinamik dalaman, lantas membuka pelbagai kemungkinan lain,” kata Thomas Ingenlath, naib presiden rekaan kanan di Volvo Car Group.

“Elemen penting adalah untuk menjadikan ruang dalaman berfungsi untuk penumpang di dalam cara yang optimal dan mewah”


Hasil daripada kajian Volvo, antara ciri utama Lounge Console ini adalah meja agak besar untuk membolehkan penumpang membuat kerja yang perlu. Meja ini juga mempunyai cermin yang tersorok di dalamnya, di samping ruang simpanan untuk barang kemas dan sebagainya.

Di belakang meja ini pula adalah sebuah skrin 17 inci untuk memberi pengalaman multimedia kepada penumpang. Sebuah kotak berkunci juga disediakan agar barangan berharga dapat disimpan dengan selamat.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!