29 April 2015


MENJADI pasangan kekasih tidak memberikan tiket kepadanya untuk sentiasa berlakon bersama dalam satu produksi.

Bagi figura tinggi lampai ini, Aiman Hakim Ridza Abdoh, 26, dia mempunyai persepsi sendiri untuk tidak mahu berlakon bersama dengan kekasih hatinya iaitu Nur Fathia Abdul Latiff, 28.

Bukan menidakkan rezeki, malah tidak sekali pun sombong, tetapi dia perlu tegas dengan pendiriannya agar orang sekeliling tidak memberikan tanggapan negatif pada hubungan mereka.

“Saya sebolehnya memang tak mahu berlakon sama dengan dia sebab tak nak orang kata kami asyik berdua sahaja dalam satu drama.

“Bukannya kami tak pernah berlakon bersama. Sebelum ini pun kami pernah berlakon bersama menerusi drama bersiri Diandra. Tapi lepas dari itu kami jarang berlakon bersama,” lembut bicaranya memulakan perbualan.

Namun, ketika diajukan soalan mengenai lakonan buah hatinya itu bersama dengan pelakon lelaki lain, dia bagaimanapun lebih bersikap terbuka dan profesional.

“Bila melibatkan kerja, kami berdua sangat profesional. Malah tak pernah timbul isu yang bukan-bukan sebab tak nak kisah pedih lalu bertaut kembali.

“Mengenai watak romantis dia dengan pelakon lain, saya akui memang ada rasa cemburu. Itu bagi saya normal dan tipu lah kalau saya cakap tak sakit hati.

“Tapi ia berbalik kepada kerja. Asalkan kami berdua tahu itu hanya sekadar tuntutan kerja, sudah memandai. Yang penting kami tahu di mana kedudukan kami sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Jelas Aiman, bagi mengelakkan dirinya terasa hati yang berpanjangan, dia juga lebih senang mengambil sikap untuk tidak menonton setiap lakonan Fathia di televisyen.

“Saya tak tengok langsung lakonan dia di televisyen sebab tak mahu melihat adegan romantisnya bersama orang lain dan untuk elakkan saya berasa hati.

“Itu cara saya untuk buatkan hati saya tak terlalu cemburu hingga akan mencetuskan pelbagai tanggapan tidak elok. Tapi cemburu itu sebenarnya lagi menguatkan hubungan kami berdua. Lebih baik saya tak tengok lakonan dia.

“Bukan saya seorang sahaja cemburu, tak dinafikan dia juga cemburu dengan saya tapi kami berdua akan atasi masalah tersebut bagi mengelakkan berlarutan,” tuturnya.
Sebaliknya, mereka berdua lebih senang untuk berbicara soal lain selepas waktu bekerja.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!