8 April 2015


Amerika Syarikat – Gara-gara gagal untuk memasuki sebuah sekolah perubatan di sini, seorang lelaki bertindak menukar identiti dan warna kulit bagi membolehkannya menyambung pelajaran di institusi tersebut.

Vijay Chokalingam mengaku berbuat demikian apabila permohonannya untuk memasuki St. Louis University School of Medicine pada 1998 tidak berjaya kerana identitinya sebagai seorang lelaki berketurunan India-Amerika.

“Disebabkan itu, saya menukar identiti menjadi seorang lelaki berketurunan Afrika-Amerika dengan membotakkan kepala dan menyerupai kaum tersebut, malah saya menyertai persatuan orang kulit hitam,” ujarnya.

Sepanjang perubahan identiti sebagai Jojo, Vijay telah menerima 11 panggilan temuduga di sekolah perubatan termasuk Universiti Harvard, Universiti Columbia dan Universiti Washington.

Abang kepada pelawak Mindy Kaling yang kini bergelar doktor itu menulis pengalaman berdepan masalah perkauman tersebut di dalam laman web peribadinya, AlmostBlack.com.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!