9 April 2015


CHINA. Syarikat perabot popular, Ikea kini melarang pelanggan daripada tidur di perabot-perabot yang dipamerkan di gudang-gudang jualan mereka di China.

Menurut Yahoo News, larangan berkenaan dibuat selepas terdapat sejumlah besar 'pelanggan' datang hanya untuk menikmati penghawa dingin dan keselesaan perabot dan langsung tidak membuat sebarang pembelian.

Sebelum ini, Ikea Beijing membuka bilik pameran tambahan dan menjemput pelanggan yang kepenatan untuk 'tidur sebentar' di atas sofa dan katil.

Namun, aktiviti berkenaan menjadi serius dan mengurangkan jumlan pelanggan yang berpotensi untuk membeli barang di gudang-gudang pameran.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!