28 April 2015


Biarpun sudah hampir 20 tahun Puteri Diana meninggal dunia, namun kisah hidupnya masih mampu menarik perhatian dunia.

Terbaru, sebuah majalah terbitan Amerika Syarikat mendedahkan puteri kesayangan ramai itu sebenarnya mempunyai seorang anak perempuan bersama Putera Charles yang lahir menerusi kaedah ibu tumpang.

Maklumat yang diperolehi dari laporan majalah Globe mengatakan Puteri Diana menjalani satu pemeriksaan kesihatan untuk menentukan sama ada beliau mampu hamil atau tidak. Dalam pemeriksaan yang dijalankan sebelum Diana dan Charles berkahwin itu, sampel telur Diana diambil dan ia kemudiannya disenyawakan.

Sampel itu sepatutnya dibuang selepas pasangan itu berkahwin, namun salah seorang doktor terbabit didakwa mengambilnya dan ia ditanam di dalam rahim isterinya.

Majalah itu mendakwa wanita bernama Sarah itu kini berusia 33 tahun dan tinggal di New York.

Jika dakwaan ini benar, ini bermakna Sarah merupakan anak sulung Charles dan Diana yang lahir sebelum Putera William.

Majalah berkenaan turut mendakwa Duchess of Cambridge, Kate Middleton, pernah bertemu Sarah ketika berkunjung ke New York baru-baru ini.

Setakat ini, Istana Buckingham tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang dakwaan tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!