7 April 2015


WALES - Seorang lelaki berusia 40 tahun diarahkan mahkamah untuk membayar £1.50 (RM8.12) kepada pusat beli belah Tesco gara-gara menumpahkan susu ketika berada dalam premis Tesco.

Cornelius Price dilaporkan melontarkan kata-kata kurang sopan dan diarahkan keluar dari premis tersebut.

Price naik angin dengan arahan itu, sebelum membaling sekotak susu ke arah seorang pengurus dan memintanya menyambut susu tersebut.

Kotak susu tersebut bagaimanapun jatuh ke lantai.

Price yang tidak bekerja mengaku bersalah atas dakwaan kerosakan akibat jenayah di Mahkamah Llandrindod Wells.

Dia diarahkan membayar pampasan £1.50 (RM8.12) kepada Tesco, didenda £75 (RM406), surcaj jenayah £20 (RM108.30) dan kos £85 (RM460).
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!