15 April 2015


AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita disaman USD200 (RM724) hanya kerana memakai pelembab bibir semasa berhenti di lampu merah.

Memetik laporan KLAS, Stephanie Fragoso yang berasal dari Las Vegas ditahan pihak berkuasa ketika meninggalkan persimpangan jalan. Polis trafik yang menahannya menyatakan Stephanie melakukan kesalahan dengan mengenakan solekan semasa memandu.

Wanita berusia 37 tahun itu menegaskan bahawa dia hanya memakai pelembab bibir semasa kenderaan tidak bergerak namun dia tetap disaman.

“Polis itu berasa ragu-ragu dan tidak mahu mengeluarkan tiket. Tetapi akhirnya dia tetap menyaman saya,” jelas Stephanie kepada Washington Post.

Seorang polis trafik menghubungi stesen CBS lalu menjelaskan bahawa para pemandu yang tidak memandang ke arah jalan raya dan memegang stereng berkemungkinan untuk menerima saman.

Pegawai tersebut turut memberi beberapa contoh, antaranya seorang pemandu yang sedang menontong filem di iPad yang diikat pada stereng kereta.

- Gambar hiasan
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!