17 April 2015


IRAQ . Kerajaan Iraq menggeluarkan 165 mayat yang menjadi mangsa pembunuhan kejam kumpulan militan IS dari beberapa kubur besar di Tikrit, menurut media tempatan, kelmarin.

Kementerian Hak Asasi Manusia Iraq memaklumkan kesemua mayat tersebut berkemungkinan besar adalah milik anggota Akademi Udara Tikrit atau dikenali sebagai COB Speicher ketika di bawah pemerintahan Saddam Hussien.

"Kesemua mayat tersebut dipindahkan ke pusat perubatan untuk proses pengambilan DNA bagi mengenal pasti identiti mereka.

"Penemuan itu dilihat sebagai satu lagi bukti kekejaman IS terhadap nyawa tidak berdosa," kata jurucakap pihak berkuasa, Mohannad Okabi.

Difahamkan, sebanyak 10 kubur besar ditemui di bandar tersebut dan tiga daripadanya adalah di dalam kawasan istana Saddam Hussien. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!