13 April 2015


SYDNEY: Laman web satu lapangan terbang Australia ditutup sementara hari ini selepas diambil alih oleh penggodam pro-IS yang menyiarkan mesej menyokong kumpulan militan itu. 

Polis menyatakan penggodam menyasarkan hos laman web yang digunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Hobart di Tasmania, bukannya kemudahan itu secara langsung. "Satu mesej yang diletakkan di laman web itu mengandungi kenyataan menyokong ISIS," menurut polis Tasmania dalam satu kenyataan, menggunakan kependekan lain untuk kumpulan militan itu. 

Pihak berkuasa menyatakan mesej serupa diletakkan di beberapa laman web di seluruh dunia sejak akhir tahun lalu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!