1 April 2015


Pelaksanaan GST adalah halal dan mengikut fatwa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pelaksanaan cukai itu dibuat berdasarkan kajian yang menyeluruh dan teliti.

Katanya, hasil kajian 35 tahun itu mendorong kerajaan memutuskan cukai baharu itu distrukturkan secara berbeza dengan pelaksanaan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain.


Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sidang Kemuncak Halal Dunia 2015 di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib berkata,peserta industri Halal di negara ini juga boleh menikmati kos menjalankan perniagaan yang rendah dengan pelaksanaan GST.

Beliau berkata, dengan kadar GST sifar yang dikenakan terhadap kebanyakan bahan mentah asas seperti ikan, daging dan sayur membolehkan mereka membuat tuntutan terhadap cukai input.

Beliau berkata, GST juga tidak dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan untuk dieksport.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!