21 April 2015


SERDANG – Lebih 100 ibu bapa mengadakan demonstrasi di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah (SKTSBI), Seri Kembangan dekat sini semalam bagi mendapatkan penjelasan pihak berwajib berhubung keretakan struktur bangunan sekolah itu dan tanah mendap yang berlaku sejak dua tahun lalu.

Demonstrasi selama sejam itu menuntut Yang Dipertua Maj­lis Perban­daran Subang Jaya dan pihak sekolah memberi jawapan berhubung tahap keselamatan kira-kira 1,300 murid dan 68 guru di sekolah itu.

Menurut Zainuddin Osman, 44, dia kecewa dengan tindakan pihak sekolah kerana masih meneruskan sesi persekolahan walau­pun surat telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memaklumkan beberapa struktur bangunan sekolah itu tidak selamat untuk digunakan.

Katanya, dia hanya mengetahui perkara itu minggu lalu selepas mendapat surat daripada pihak sekolah yang mengatakan sesi persekolahan anaknya akan dijalankan secara bergilir-gilir.

“Saya kemudian berjumpa guru bagi mendapatkan penjelasan me­ngenai perkara itu sebelum diberi­tahu ada bangunan sekolah yang retak dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai,” kata­nya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Zainal Silong, 48, memberitahu, mereka telah membuat laporan polis pada Sabtu lalu untuk meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan agar tiada ketirisan berlaku di sebalik kelulusan projek pembinaan kondominium mewah yang terletak hanya beberapa meter dari sekolah berkenaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!