29 April 2015


PUTRAJAYA: Mulai 1 Mei ini, kad prabayar telefon dikekalkan harganya sama seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad, turut mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan kaedah penggunaan GST sama seperti kaedah pengenaan cukai perkhidmatan sebelum ini. 

"Kelmarin saya keluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi bagi mengekalkan harga asal berdasarkan konsep termasuk cukai (tax inclusive) berkuatkuasa 1 Mei ini. "Jika mereka bayar RM10, maka nilai kredit sama seperti apa yang pengguna bayar. Jika ada yang mengambil kesempatan, tindakan susulan akan diambil," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!