20 April 2015


Video rakaman seorang ibu berang yang berpura-pura memijak  kepala bayinya yang berusia 18 bulan menjadi perbualan orang ramai. 

Perbuatan itu telah dirakam oleh suami wanita berkenaan, Vyacheslav Samoilov dan kini pihak polis Rusia sedang menyiasat rakaman tersebut.

Memetik laporan Metro. Uk, pertelingkahan antara Vyacheslav, 32 dengan isterinya Victoria, 30 dikatakan bermula apabila Vyacheslav terlihat mesej daripada lelaki lain di dalam telefon pintar isterinya. 

Mereka ketika itu sedang mengambil angin di sebuah taman di bandar Noginsk di Barat Rusia Moscow Wilayah sebelum pertelingkahan itu bermula. 

Menurut seorang saksi, Ludmila Ignatyeva, 43, dia melihat pasangan muda itu bergaduh sebelum wanita berkenaan bertindak untuk membaringkan anaknya itu dan memijak kepala bayi tersebut. 

Tindakan wanita yang ingin mengugut suaminya itu berjaya dirakam oleh Vyacheslav.

Difahamkan, pasangan tersebut kemudian melarikan diri ke arah yang berlainan dan membiarkan bayi tersebut berseorangan. 

“Pada mulanya, lelaki berkenaan melarikan diri dan diikuti wanita berkenaan. Bayi mereka dibiarkan di atas tanah berseorangan,” kata Ludmila. 

Selepas video itu dimuat naik dalam talian, pihak  polis dan pihak perkhidmatan masyarakat sedang menyiasat rakaman tersebut. 

Bayi itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan laporan mendapati bayi itu dalam keadaan yang sihat. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!