21 April 2015


“Undian semula perlu dilakukan jika benar Indonesia tidak dibenarkan menghantar pasukan bertanding di Sukan SEA Singapura,” kata jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee (gambar) mengenai kemungkinan berlakunya perubahan dalam saingan peringkat kumpulan di temasya sukan itu bulan depan.

Status penyertaan Indonesia pada Sukan SEA kali ini mula menjadi tanda tanya selepas Kementerian Pemuda dan Olahraga (KEMENPORA) republik itu membuat keputusan menggantung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berikutan kemelut melanda Liga Super Indonesia (ISL).

Tindakan itu mengundang masalah kepada skuad B-23 Indonesia yang mungkin tidak dibenarkan beraksi di kejohanan antarabangsa sekiranya FIFA mengambil tindakan ke atas PSSI kerana wujudnya campur tangan kerajaan negara itu dalam persatuan berkenaan.

Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Singapura, Myanmar, Kemboja dan Filipina manakala Malaysia Kumpulan B, bersaing dengan juara bertahan Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste.

Kim Swee berkata, pihak penganjur Sukan SEA Singapura perlu mengadakan semula undian jika Indonesia tidak dibenarkan bertanding kerana saingan yang tidak seimbang membabitkan dua kumpulan itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!