14 April 2015


Petaling Jaya: “Saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab isu ini kerana sebagai suami, saya tidak mahu mencampur aduk urusan peribadi dan karier dalam satu masa.

“Saya juga serahkan kepada pihak pengurusan Diana untuk menjawab isu yang sensitif ini,” kata pelakon, Farid Kamil, 32, berkenaan kontroversi yang melanda isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle, 24.

Farid mengakui terkilan dengan kontroversi yang kerap melanda isterinya sejak akhir-akhir ini.
Baru-baru ini, Diana mencetus kontroversi apabila bergambar dengan memakai coli dan membalut badan dengan bendera Amerika Syarikat dalam sesi fotografi sebuah majalah gaya hidup berbahasa Inggeris.

Farid yang sebelum ini membisu berhubung isu berkenaan akhirnya membuka mulut ketika ditemui di majlis pratonton filem Abang Lejen, di sini, malam tadi dan menganggap perkara itu adalah cabaran yang perlu dilalui dalam kehidupannya.

"Saya berdoa kepada Allah SWT perkara yang baik-baik saja dalam hidup kami,” katanya di sini.
Farid berkata, dia ada berbincang dengan Diana mengenai isu itu dan berharap ia tidak akan berulang.
Sebelum ini, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson tidak memberi sebarang maklumbalas berhubung isu itu.

Bagaimanapun, menerusi status di Instagram Diana berkata, kebebasan untuk menjadi diri sendiri tidak memerlukan keizinan mana-mana pihak.

Kenyataan itu sekali gus mencetuskan tanda tanya seolah-olah Diana mahu mempertahankan dirinya berhubung gambar berkenaan.

Dalam majalah itu, Diana tampil seksi dengan sehelai bendera negara itu membaluti tubuhnya yang hanya mengenakan coli berwarna hitam dan seluar hitam.

Difahamkan, dalam keluaran terbaru majalah berkenaan, Diana banyak bercerita mengenai karier dan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!