3 April 2015


Timbul dakwaan yang mengatakan pelakon kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill bersikap sombong dan terlalu memilih karya.

Namun Cristina dengan tenang menepis dakwaan yang mengatakan beliau sombong dan sekali gus tidak menafikan memilih karya yang bersesuaian dengan dirinya.

Cristina berpendapat persepsi masyarakat itu normal dan beliau sendiri tidak dapat menggubah sekiranya ada pihak yang berasakan begitu. Namun beliau menegaskan sombong itu tidak wujud dalam kamus hidupnya.

"Kekwat? Apa tu kekwat? Nama saya Cristina Suzanne dan ayat itu tiada dalam istilah hidup saya.

"Semua orang dalam dunia ini hidup untuk menanggung kos kehidupan mereka namun isu 'demanding' itu tidak timbul kerana saya memilih karya yang kena dengan jiwa saya.

"Tetapi saya tidaklah terlalu selektif tetapi memilih sesuatu yang saya hendak dan suka. Malah sikap selektif itu juga perlu bersesuaian dengan diri kita serta tahu setakat mana kemampuan kita," kata Cristina kepada BH.

Selain karya, Cristina juga tidak meletakkan ekspektasi pada karakter yang ditawarkan kepadanya. Beliau cuba membawakan karakter yang dirasakan mampu dipikulnya.

Tanpa reaksi kurang senang, bintang filem KIL ini menaburkan aura positif biarpun diasak dengan soalan negatif. Jujurnya, Cristina dilihat tenang menjawab tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Dalam perkembangan terbaru, Cristina baru saja selesai penggambaran drama 13 episod berjudul Cinta Nasi Ambeng arahan Amorizan untuk saluran televisyen RTM.

"Saya memegang watak sebagai seorang anak kepada peniaga nasi ambeng dan konflik bermula disitu," kata Cristina mengakhiri perbualan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!