15 April 2015


Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan Kitchee SC 2-0 pada saingan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Larkin di sini, malam tadi. 

Kejayaan JDT itu yang sebelum ini tumpas 0-2 ke atas pasukan dari Hong Kong tersebut di tempat lawan, membolehkan mereka menghuni semula tangga teratas Kumpulan F, setelah mengutip sembilan mata, manakala Kitchee SC di tempat kedua dengan tujuh mata. 

Wakil dari India, East Bengal di tempat ketiga dengan empat mata, sementara pasukan Balestiar Khalse dari Singapura di kedudukan tercorot kumpulan berkenaan dengan tiga mata. Pada aksi malam tadi, JDT lebih banyak mengasak pintu gol lawan sejak dari awal permainan. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!