8 April 2015


INDIA - Anak seorang pemandu bas, B. Jeyaprakash dari Tamil Nadu, India, yang baru lahir dinamakan sempena nama bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Walau bagaimapaun, pemandu itu dikatakan tidak pernah ke Singapura atau mengenali Lee Kuan Yew sehingga bulan lepas. 

Bayi itu telah dilahirkan pada 23 Mac iaitu pada hari yang sama Lee Kuan meninggal dunia.

Menurut laporan dalam The Straits Times (Singapura), pemandu bas tersebut membuat keputusan itu selepas melihat kesedihan penduduk atas pemergian Lee Kuan. 

Jeyaprakash yang berasal dari bandar Mannargudi tersentuh dengan upacara penghormatan yang diberikan oleh penduduknya untuk pemimpin itu. 

Semasa pengebumian beliau di Singapura, lebih 300 orang dari Mannargudi dan kampung-kampung berdekatan lain dilaporkan berarak secara senyap sejauh 4km untuk memperingati pemergian Lee Kuan.

Perarakan itu kemudian berhenti di tengah-tengah bandar, di mana orang ramai tunduk dan berdoa di hadapan gambar Lee.

Tersentuh dengan upacara perarakan itu, pemandu bas tersebut membuat keputusan untuk menamakan anaknya sempena nama Lee Kuan Yew.  

“Saya tidak bercadang untuk memberinya nama itu. Saya melihat perarakan itu ketika pergi ke pasar untuk membeli susu

Saya mendengar orang bercakap tentang semua perkara baik yang telah dilakukannya untuk Singapura," kata Jeyaprakash. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!