8 April 2015


Honduras: Seorang suami memotong kedua-dua kaki isterinya selepas mengesyaki wanita itu curang.
Lelaki berkenaan, Marcio Matthew Salazar, 42, bertindak demikian mengguna parang terhadap isterinya, Heydi Waleska Hernandez di kediaman mereka di kawasan pergunungan di sini, Sabtu lalu.

Salazar yang ditahan atas tuduhan keganasan terhadap wanita bagaimanapun memberitahu polis, dia hanya melepaskan geram.

Keadaan sudah terlambat apabila doktor tiba di rumah pasangan itu kerana kecederaan Heydi begitu teruk sehingga tiada harapan untuk menyambung kakinya semula.

Wanita itu kehilangan kaki kanan dari tengah tulang kering dan kaki kiri dari buku lali.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!