13 April 2015


Seorang wanita dilaporkan melahirkan bayi lelaki selepas menerima sperma suami yang meninggal dunia 48 jam sebelum itu.  

Berduka cita dengan berita sedih itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk berjuang di Mahkamah Agung Australia untuk mendapatkan kebenaran bagi menerima sperma suaminya yang terbunuh dalam kemalangan motosikal.

Menurut pakar perubatan, mereka  pada mulanya tidak pasti sama ada prosedur ini akan berjaya. 

Hal ini kerana, mahkamah ketika itu mengambil masa selama dua hari untuk memutuskan sama ada ibu itu patut dibenarkan untuk menerima sperma suaminya yang sudah meninggal itu untuk mengandung.

Bagaimanapun, kes sebegini bukan perkara baru dalam dunia perubatan. 

Sebelum ini, prosedur itu pernah dilakukan tetapi dalam tempoh jam yang lebih singkat. 

Menurut Pakar IVF Steve Robson, dari perspektifnya, kisah cinta yang luar biasa ini adalah sebab mengapa dia membantu wanita tersebut. 

“Sebagai sebuah kumpulan, kami kagum dengan kasih sayang dan kekuatan wanita tersebut dalam menangani segala rintangan yang dihadapinya,” katanya dipetik dari Metro.Uk. 

Oleh kerana perkara itu diharamkan di Adelaide, wanita berkenaan dibawa ke Canberra untuk menjalani prosedur itu. 

Menurut Profesor Kelton Tremellen , beliau pada mulanya berpendapat perkara ini hanya membuang masa dan tidak betul untuk dilakukan.

Akhirnya, beliau setuju untuk melakukan pembedahan kecil itu kerana menghormati keputusan yang dibuat oleh wanita berkenaan atas kasih sayang terhadap suaminya. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!