Jafperi (tengah)
Kaum lelaki di negeri Perlis mungkin bertukar kerjaya menjadi suri rumah berikutan bilangan mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah semakin berkurangan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan dan Prasarana Awam negeri, Jafperi Othman berkata, perkembangan ini merupakan sesuatu yang merugikan bagi golongan lelaki terbabit.
“Lebih ramai wanita di negeri ini pula menyambung pelajaran ke peringkat universiti atau kolej awam dan sudah tentu mereka mempunyai peluang mencari pekerjaan yang lebih baik,” kata beliau selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Mara 2015 Peringkat negeri Perlis di Dewan Kapitol UniMAP di sini semalam.
Menurut beliau, perkembangan itu jika berterusan menyebabkan golongan lelaki bakal menjadi suri rumah manakala kaum wanita pula keluar bekerja.
“Saya khuatir sekiranya pelajar lelaki tidak menumpukan soal pendidikan, mereka mungkin akan menjadi suri rumah semata-mata,” kata beliau.