29 April 2015


IPOH - Pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah restoran Jalan Lahat di sini kelmarin dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mundar-mandir di dalam premis itu tanpa seurat benang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pada jam kira-kira jam 12.10 malam, pihaknya menerima aduan daripada orang awam, memaklumkan terdapat seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berbogel di hadapan sebuah restoran.

“Ketua balai bersama anggotanya bergegas ke restoran berkenaan dan menahan lelaki berusia 30 tahun terbabit.

"Lelaki tersebut dibawa ke Balai Polis Menglembu sementara warisnya yang dipercayai tinggal di kawasan berhampiran dikesan," katanya.

Chang Keong berkata, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya mengesan keluarga lelaki  terbabit yang segera datang mengambilnya di balai polis.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!